Jumaat, 30 September 2011

Letak shoutbox di blog

tutorial ni khas buat new blogers . . 
hampa letak la shoutbox ! susah nak tinggal jejak ni

ok untuk pasang shout hampa kena daftar shoutMix dulu
KLIK SINI untuk daftar shoutMix  korang tu

lepas dah isi benda alah tu , hampa jgn lupa tick . . tengok kt bawah ni.
dh siap kan . . 
kalau hampa nak shout hampa tu berstyle dengan colour

 pergi SETTING > STYLE & COLOUR ~
 ubah lah ikut cita rasa yang hampa nak lepas tu SAVE, then pergi semula ke SETTING copy kod  yang Nabila tunjuk gambar kat bawah ni :)

faham tak . .hehe . .


  •  hampa pergi Dashboard > Layout > Add A Gadget > HTML/JavaScript
  •  letak kod yang korang copy tadi dalam kotak kosong HTML/JavaScript

                                          dah habis..k...selamat mencuba...

Memasang hidden shoutbox

ok..ni nk tunjuk khas for new bloggers...
cara-memasang hidden shoutbox...
               copy saja semua di bawah ni
<style type="text/css">
#gb{
position:fixed;
top:50px;
z-index:+1000;
}
* html #gb{position:relative;}

.gbtab{
height:100px;
width:30px;
float:left;
cursor:pointer;
background:url('http://2.bp.blogspot.com/_tgUOxznghPA/S6oTtXCIvbI/AAAAAAAAAbU/ZAaskiVstr8/s400/Shoutbox+tabs.png') no-repeat;
}
.gbcontent{
float:left;
border:2px solid #666666;
background:#F5F5F5;
padding:10px;
}
</style>

<script type="text/javascript">
function showHideGB(){
var gb = document.getElementById("gb");
var w = gb.offsetWidth;
gb.opened ? moveGB(0, 30-w) : moveGB(20-w, 0);
gb.opened = !gb.opened;
}
function moveGB(x0, xf){
var gb = document.getElementById("gb");
var dx = Math.abs(x0-xf) > 10 ? 5 : 1;
var dir = xf>x0 ? 1 : -1;
var x = x0 + dx * dir;
gb.style.right = x.toString() + "px";
if(x0!=xf){setTimeout("moveGB("+x+", "+xf+")", 10);}
}
</script>
<div id="gb">
<div class="gbtab" onclick="showHideGB()"> </div>
<div class="gbcontent">

MASUKKAN KOD SHOUTBOX DI SINI

<div style="text-align:right">
<a href="javascript:showHideGB()">
[close]
</a>
</div>
</div>
</div>
<script type="text/javascript">
var gb = document.getElementById("gb");
gb.style.right = (30-gb.offsetWidth).toString() + "px";
</script>

                kod shoubox=ambil kod shoutbox korang

Khamis, 29 September 2011

Ombak Rindu

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya.

Novel Adam dan Hawa

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangkaburuk, mentebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pun diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah..Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak petemuan itu, hati Ain terbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi....

Seteguh Kasih Aina Najihah

Aina Najihah seorang gadis bertudung, berpendidikan Diploma Pengurusan Perniagaan dari UiTM Shah Alam, berusia sekitar 26 tahun. Sepanjang zaman kanak-kanak dan remajanya, dia membesar di rumah anak-anak yatim biarpun ada khabar-khabar angin yang mengatakan ibunya masih hidup dan berada di Indonesia.

Semasa meniti usia awal dewasa, Aina Najihah menyimpan perasaan cinta terhadap seorang warden asrama Anak-anak Yatim Darul Fikriyah iaitu Ameer Mulhim. Ameer Mulhim merupakan warden di asrama tersebut serta sedang melanjutkan pelajaran dalam Program Master Al- Quran Dan As- Sunnah di sebuah universiti tempatan . Biarpun sering bertemu atas urusan kebajikan namun mereka tidak pernah mengungkap perasaan masing-masing

Bersama teman serumahnya, Khairunnisa’ atau Roon, Aina Najihah berkerja di sebuah hotel yang di tadbir oleh Encik Khairul. Pergolakan di tempat kerja bermula apabila Encik Khairul tidak senang dengan Aina Najihah yang merupakan pekerja kesayangan ibunya, Puan Mawarni Hakimi. Aina Najihah sering dimarahi Encik Khairul sehinggalah berlaku satu konflik antara dirinya, Encik Khairul dan Tuan Mokhtar, pelanggan tetap Hotel Mawar Biru. Akibatnya, Aina Najihah telah dipecat dari jawatan Ketua Pegawai Pemasaran berdasarkan fitnah rekaan individu-individu yang cemburu dengannya. Aina Najihah tidak mudah patah semangat. Sejak itu Aina Najihah mula merancang bidang perniagaan yang ingin diceburinya.

Membesar sebagai anak yang tidak pernah menemui kedua ibu bapanya, menyebabkan Aina Najihah sering kesunyian dan menggendong pelbagai persoalan tentang sejarah silamnya yang masih tak terjawab. Bagi mengisi kekosongan hatinya, Aina Najihah sering melakukan kerja amal di Asrama Anak-Anak Yatim Darul Fikriyah. Setelah dipecat dari kerjanya, Aina Najihah berkerja di rumah anak yatim tersebut.

Pada suatu hari, Aina Najihah menerima ‘sms’ pelawaan dari Ameer Mulhim agar menemani dirinya dan makciknya untuk membeli barang-barang di Kuala Lumpur. Lantaran terlalu gembira dan mengandaikan Ameer Mulhim mungkin mahu memperkenalkan dirinya dengan makciknya ( Ameer Mulhim juga tiada ayah dan ibu) maka Aina Najihah bersiap-siap untuk pergi ke Kuala Lumpur .

Rupa-rupanya jangkaannya meleset. Rupa-rupanya Ameer Mulhim bakal bertunang dengan seorang wanita lain dan akan bernikah dalam masa dua bulan dari tarikh pertunangan. Sejak mengetahui berita itu, Aina Najihah berasa sungguh hiba dan kecewa. Aina Najihah berusaha melupakan Ameer Mulhim namun ternyata sukar.

Dalam masa yang sama, Aina Najihah didatangi seorang makcik yang mengaku pernah memelihara Aina Najihah semasa kecil. Makcik itu memulangkan seutas rantai lama kepada Aina Najihah kononnya rantai itu milik ibu Aina Najihah.Sejak dari hari itu, Aina Najihah sering mengalami mimpi yang pelik. Dia juga mula sakit-sakit. Beberapa kali berubat dan pernah masuk hospital, akhirnya Aina Najihah bertekad mahu mencari ibunya sendiri di Medan Indonesia.


Pelbagai cabaran dilaluinya di Kota Medan.
*Namun, dapatkah Aina Najihah mencari ibunya?
*Bagaimana pula impian cintanya terhadap Ameer Mulhim? Adakah hubungan Ameer Mulhim dengan wanita pilihannya akan terus bahagia?
*Selain itu, adakah Encik Khairul akan tersedar dari kesilapannya memecat Aina Najihah kerana ikutkan rasa hati atau dia akan terus menganiaya Aina Najihah?
*Bagaimana pula dengan derita penyakit misteri yang menghantui Aina Najihah?
*Setelah dipecat dari Hotel Mawar Biru, Aina Najihah pernah bertekad akan membuka satu perniagaan? Tercapaikah hasrat murninya itu?

'Seteguh Kasih Aina Najihah' adalah sebuah novel kemasyarakatan dan kehidupan, juga menyelongkar masalah anak-anak yang tiada ibu dan bapa, membuka minda tentang kekuatan doa sebagai satu senjata mukmin, mengenengahkan bagaimana syaitan menganggu perjalanan hidup manusia, menjengah ke Kota Medan dan mengenali suasana masyarakat di sana, Seteguh Kasih Aina Najihah adalah sebuah novel yang sarat dengan kisah cinta sejati dan sarat dengan mesej yang membina minda dan rohani.

Khamis, 15 September 2011

novel anugerah cinta


Cinta yang ada pada hati adakalanya satu, tapi boleh jadi dua. Kadangkala boleh pergi kepada cinta ketiga, keempat dan kelima.

Tapi pada diri gadis kacukan Roman ini, cinta pertamanya sudah kuat seperti tembok besi, inikan pula ingin membuka cintanya buat kali yang kedua. Seorang anak gadis yang mengunci cinta pertama di hatinya begitu dalam sehingga sukar untuk dibuka untuk insan lain. Haikal, cinta pertamanya ini pernah hilang dengan tiba-tiba satu masa dahulu, kemudian tiba-tiba muncul semula. Tetapi hadirnya hanya untuk menagih kemaafan atas baki kesilapan yang ditinggalkan. Namun, kemunculan itu tidak berpanjangan...

Jika rumah gadis lain yang sebaya dengannya indah dihiasi belaian ibu dan ayah, cantik dihamparkan permaidani kasih dan sayang, tapi rumah lindungannya sentiasa berpaksikan kesengsaraan dan kisah hitam. Puan Muna dan Rozana manusia yang bertopengkan syaitan menyeksa gadis ini. Namun dia reda kerana masih punya seorang abang tiri yang sayangkannya.

Pergi ke dunia pengajian tinggi, hadir pula seorang lagi jejaka kacak dan tampan yang cuba menguntum kasih di hati gadis yatim piatu itu. Pelbagai pergolakan dialaminya sehingga hilang kewarasan diri dan membuatkan gadis itu tumbang dan tidak mampu berdiri kuat lagi. Hanya rakan-rakan sahaja yang mampu memimpinnya kembali teguh berdiri. Belum sempat dia bernafas lega, ada lagi dugaan yang mendatang. Jika dicucuk duri sudah terasa pedihnya, inikan pula hatinya seperti dibelah pisau. Darah dan dagingnya dimamah oleh kecurangan dan kecemburuan sahabat baiknya sejak di zaman sekolah. Hayatilah pergolakan kisah suka dan duka, gelak dan tawa di dalam Anugerah Cinta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...