Ahad, 30 Oktober 2011
Selasa, 25 Oktober 2011
Novel Cinta 365 Hari
Sinopsis
"Ruang waktu tak mampu mengusir rasa cinta yang masih ada"
Kata orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai ... itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!
Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.
Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya.
Dalam keterpaksaan, Darren memilih untuk mengikut kata ibunya demi maruah keluarga. Berkahwin dengan Tania tanpa kemahuannya. Tanpa kerelaannya. Namun Darren tidak berdaya menolak kemahuan keluarga walaupun hatinya masih tak mampu melupakan Erynn. Tidak sesaat pun dia melupakan kenangan cinta antaranya bersama Erynn.
Tania sedar yang suaminya, Darren tidak mencintainya. Hatinya sakit bila mengenangkan sikap Darren terhadap dirinya. Tiada kemesraan, tiada gurau senda mahupun kesefahaman dalam rumahtangga nya. Yang ada sikap pemarah Dareen. Begitukah Darren yang dikenalinya sekarang? Hati nya walang apatah lagi bila mengetahui Darren masih mencintai Erynn.
Tanpa diduga, Tania menghidap sejenis kanser yang menyerang sebahagian sistem imunisasi manusia. Kanser itu dikenali sebagai ' Non-Hodgkin's limforma atau ATLL ( Adult T-Cell Leukemia) dan memerlukan pemindahan sum-sum tulang.
Erynn bertekad membantu Tania. Setelah menjalani pemeriksaan dan didapati darahnya sesuai untuk pemindahan sum-sum tulang untuk Tania. tetapi Erynn mahu identitinya dirahsiakan.
Tania mula sembuh setelah pemindahan sum-sum tulang dilakukan. Tetapi tidak lama apabila Tania pengsan kembali. Dan di dapati Tania mendapat jangkitan kuman. Dan tiada ubat untuk penyakitnya itu. Akhirnya, Tania meninggal dunia.
Setelah segalanya berakhir, Darren bertekad mengejar cintanya. Apatah lagi Cindy, adiknya juga jatuh cinta pada seorang jejaka melayu. Madam Ho jugak sudah lembut hati. Menyedari Erynn adalah seorang gadis yang baik dan sanggup berkorban untuk orang lain. Dan cinta mereka kembali bertaut dan mereka akan disatukan setelah 365 hari bercinta.
Penulis : Norzailina Nordin
Terbitan : Alaf 21
Point :4/5
Isnin, 24 Oktober 2011
Khamis, 20 Oktober 2011
Khamis, 13 Oktober 2011
Kegetaran Di Jiwa
ASSALAMUALAIKUM...
dh lama ak x tulis entry sal ak..haha...ak ny lam proses nak ambik SPM taon ny..
whoa!!getar abis perut ak...spm amt penting buat ak.law x berjya,musnah harapan ak.
papun ak still da masa tuk study.tggl lg 30 hari ak nk menjalani peperiksaan yg amat menakutkn ak.
spm ny la yg nk tentukn kerjaya ak..harap ak dapat mnjawb soalan dgn mudah..
subjek yg ak amik lak bknnya senang..sakit kepala diperahnya..emm..
tp subjek ny mudah la ak nk melanjutkan pelajaran ke mana-mana...
target ak-nk p UITM atau KOLEJ MATRIKULASI.
kalau target ak x dapat terpaksala ak masuk tingkatan 6..
harap-harap dapat lah........huhu.
ok..SEKIAN...
Novel Buatmu Kekasih
TAJUK : BUATMU KEKASIH PENULIS : Aisya Sofea HARGA : RM19.90 HaLAMAN : 588 ISBN : 00
Sinopsis Belakang Buku:Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermaknaTiada Lukman, betapa sepinya hati Farah.Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.Dan cinta suci Hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.
Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diaharapkan. Ada jiwa yang terluka, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.
BUATMU KEKASIH, menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga berlampukan sinaran bulan yang satu

Novel Jendela Hati
Sinopsis : JENDELA HATI
Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.
Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.
Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.
Harga : RM 14.00
Halaman :344
Selasa, 11 Oktober 2011
Letakkn Lagu Dlm Blog
Tutorial macam mana nak letak lagu dalam blog [youtube]
10.10.11
oleh Nabila
Assalamualaikum,
atas request dari kawan, nabila tunjuk ajar pula macam mana nak letak lagu dekat blog guna youtube punya video.
Pilih je mana-mana video yang nak buat background music dalam blog. Dan lepas tu klik pada share button youtube tu, dan pilih pula embed. Nanti dia akan kasi code untuk letak pada blog.
Nanti akan ada 4 kotak yang kosong perlu di tick mana pilihan korang jenis player youtube tu. jenis yang baru ke, jenis yang coding lama ke segala bagai. Dalam hal nak edit youtube player tu jadi tak muncul + nak automatik play, nabila suggest korang pilih yang old embed code punya. sebab itu je yang nabila tau. hik hik.
dah ? okay ini contoh embed code yang nabila amek. [ustaz azhar idrus] huah huahh
<object width="480" height="390"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/uXOzS8679eE?fs=1&hl=en_US&rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/uXOzS8679eE?fs=1&hl=en_US&rel=0" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="390"></embed></object>
Yang bahagian nabila highlight kan warna oren tu dia punya url terus direct ke website dia. Tak reti nak habaq lagu mana. So, kalau nak buat youtube player tu play sendiri, tambahkan code ini dekat belakang tempat yang nabila highlight kan tu, ini code dia yang perlu di tambah
&autoplay=1So kesannya, akan jadi macam ni lah, kalau risau salah lagi kan.
<object width="480" height="390"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/uXOzS8679eE?fs=1&hl=en_US&rel=0&autoplay=1"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/uXOzS8679eE?fs=1&hl=en_US&rel=0&autoplay=1" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="480" height="390"></embed></object>Jangan risau betul atau tak coding tu. InsyaAllah akan jadi punya. hehe.
lagi satu. Itu kalau nak tunjuk video dia. So kalau korang nak biar youtube player tu tunjuk dia punya tempat buffer dengan play/pause button. Tukarkan dia punya height yang nabela dah highlight kaler hijau tu kepada 25
Kalau nak dia dissapear macam spiderman sembunyi bawah bangunan, 0 kan saja height ngan width tu. apa apa persoalan, tinggalkan persoalan anda di ruangan komen. ok ?
p/s: lupa nak habaq. lepas dah siap coding semua tu. just copy paste letak la dekat tempat mana yang korang rasa nak letak. especially dekat bahagian design yang tambah design under html tu lah. okay?
SELAMAT MENCUBA
Khamis, 6 Oktober 2011
Novel Ilham Hati
SINOPSISRIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.
Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.
Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.
Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa

Novel Akhir Sebuah Cinta
Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.
"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.
Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.
Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.

Novel Andai Itu Takdirnya
sinopsis penuh disediakan oleh Good Reads:
Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.
"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."
Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.
"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."
Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.
"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."
Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.
"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."
Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."
Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.
"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."
Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.
"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

Langgan:
Catatan (Atom)