Selasa, 25 Oktober 2011
Novel Cinta 365 Hari
Sinopsis
"Ruang waktu tak mampu mengusir rasa cinta yang masih ada"
Kata orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai ... itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!
Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.
Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya.
Dalam keterpaksaan, Darren memilih untuk mengikut kata ibunya demi maruah keluarga. Berkahwin dengan Tania tanpa kemahuannya. Tanpa kerelaannya. Namun Darren tidak berdaya menolak kemahuan keluarga walaupun hatinya masih tak mampu melupakan Erynn. Tidak sesaat pun dia melupakan kenangan cinta antaranya bersama Erynn.
Tania sedar yang suaminya, Darren tidak mencintainya. Hatinya sakit bila mengenangkan sikap Darren terhadap dirinya. Tiada kemesraan, tiada gurau senda mahupun kesefahaman dalam rumahtangga nya. Yang ada sikap pemarah Dareen. Begitukah Darren yang dikenalinya sekarang? Hati nya walang apatah lagi bila mengetahui Darren masih mencintai Erynn.
Tanpa diduga, Tania menghidap sejenis kanser yang menyerang sebahagian sistem imunisasi manusia. Kanser itu dikenali sebagai ' Non-Hodgkin's limforma atau ATLL ( Adult T-Cell Leukemia) dan memerlukan pemindahan sum-sum tulang.
Erynn bertekad membantu Tania. Setelah menjalani pemeriksaan dan didapati darahnya sesuai untuk pemindahan sum-sum tulang untuk Tania. tetapi Erynn mahu identitinya dirahsiakan.
Tania mula sembuh setelah pemindahan sum-sum tulang dilakukan. Tetapi tidak lama apabila Tania pengsan kembali. Dan di dapati Tania mendapat jangkitan kuman. Dan tiada ubat untuk penyakitnya itu. Akhirnya, Tania meninggal dunia.
Setelah segalanya berakhir, Darren bertekad mengejar cintanya. Apatah lagi Cindy, adiknya juga jatuh cinta pada seorang jejaka melayu. Madam Ho jugak sudah lembut hati. Menyedari Erynn adalah seorang gadis yang baik dan sanggup berkorban untuk orang lain. Dan cinta mereka kembali bertaut dan mereka akan disatukan setelah 365 hari bercinta.
Penulis : Norzailina Nordin
Terbitan : Alaf 21
Point :4/5
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
rjin ea bace novel ??
BalasPadamhehe...
BalasPadam